Thursday, January 13, 2011

AWAS JAN BIARKN ANK ANDA BERMAIN SORANG-SORANG

Bayi 7 bulan lemas dalam kolam terbiar

13/01/2011 8:23pm

KOTA BHARU - Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut apabila terjatuh ke dalam sebuah kolam ikan terbiar ketika ibunya sedang memasak dalam kejadian di Kampung Atas Banggol, Kok Lanas, dekat sini, semalam.
Ibu mangsa, Zurina Ismail, 39, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 petang semalam ketika anaknya, Mohd. Danial Rozmi, ditingggalkan bermain seorang diri di ruang tamu rumahnya.
"Masa tu saya tengah memasak, Mohd. Danial tengah main kat ruang tamu, saya di dapur, tinggalkan dia bermain seorang diri dalam beberapa minit saja tetapi bila saya keluar semula ke ruang tamu saya tengok Mohd. Danial dah tak ada,” katanya. - Bernama

Tuesday, January 11, 2011

hihihiih menakutkn ooo ni AIRASIA sdh....

Pesawat AirAsia terbabas ketika mendarat di KIA


2011/01/11

KUCHING: Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terbabas ke tepi landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) malam tadi. 

Difahamkan empat orang dari pesawat AK5218 yang tiba dari Kuala Lumpur itu digegaskan ke Hospital Umum Sarawak, dipercayai mengalami cedera ringan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.20 malam dan jumlah mereka yang berada dalam pesawat itu belum dapat disahkan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin A Rahman, ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian. 

Beliau berkata, pihaknya telah pun menghantar pegawai bersama jurutera AirAsia untuk siasatan lanjut punca kejadian. 

"Tunggu kenyataan daripada Menteri Pengangkutan hari ini kepada pihak media," katanya yang enggan mengulas lanjut. 

Sementara itu, seorang penumpang yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Balai Ringin, Snowdan Lawan, memberitahu pemberita ia berlaku dalam keadaan hujan yang sangat lebat. 
"Keadaan cuaca amat gelap dan pesawat melambung ke kiri dan ke kanan sebaik saja mendarat sebelum tiba-tiba terbabas ke kawasan bertanah di tepi landasan," katanya. 

Difahamkan penumpang pesawat tersebut terpaksa berjalan kaki sejauh 800 meter untuk ke bangunan terminal. 

Sementara itu, sumber KIA memberitahu Bernama hari ini pesawat tersebut masih belum dialihkan dari tempat kejadian. - BERNAMA 

Shontelle - Impossible

Ahli sejarah dedahkan siapa sebenar Mona Lisa

POTRET gambar Mona Lisa yang dilukisLeonardo da Vinci.


ROM - Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.
Berpandukan sebuah jambatan batu di belakang Mona Lisa yang tertera angka 72 jika lukisan itu dibesarkan, Glori berkata, jambatan itu melintasi sungai Trebbia di Bobbio, berhampiran Piacenza, utara Itali.
"Setelah beberapa abad berlalu, bentuk muka bumi tempat itu telah banyak berubah tetapi jalan berliku dalam latar belakang Mona Lisa masih jelas di Bobbio," kata Glori.
Menurutnya, wanita dalam lukisan itu ialah Bianca Giovanna Sforza, anak perempuan Ludovico il Moro yang merupakan bangsawan yang mentadbir Bobbio 500 tahun lalu.
Glori berkata, dua huruf yang ditemui dalam mata Mona Lisa pada bulan lalu adalah S dan G iaitu singkatan untuk nama Bianca.
"Kemungkinan besar Da Vinci melawat Bobbio kerana perpustakaan di tempat itu terkenal dan dia melukis lukisan itu berpandukan ingatannya kemungkinan ketika dia menetap di Perancis beberapa tahun kemudian," katanya. - Agensi

Bapa rogol anak dipenjara 18 tahun

11/01/2011 6:17pm

KANGAR — Seorang pengawal keselamatan hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 18 tahun serta 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang berusia 12 tahun sebulan di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh dekat sini November lalu.
Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada November lalu.
Pada 3 Disember lepas, di mahkamah yang sama tertuduh, 38, yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah atas tuduhan merogol anak kandungnya pada 22 November 2010 kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan kebun jati, Felcra Lubok Sireh namun hukuman ke atasnya ditangguhkan ke hari ini.
Tertuduh yang menetap di Felcra Lubok Sireh kelihatan tenang menerima hukuman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu.
Menurut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh mengajak anak perempuannya itu mencari rebung di kebun itu dan apabila sampai di tempat kejadian telah mengarahkan mangsa membuka seluar sebelum merogolnya.
Tertuduh turut mengugut mangsa agar tidak memberitahu sesiapa namun mangsa telah membuat laporan polis. - Bernama

Mayat bayi di tempat pembuangan sampah

11/01/2011 4:20pm

KUALA LUMPUR — Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini hari ini.
Mayat bayi yang lengkap berpakaian itu ditemui pada 10 pagi oleh seorang suri rumah, Supik Satun, 43, dalam sebuah kotak di hadapan rumahnya, ketika beliau hendak membuang sampah.
"Pada mulanya saya ingatkan dalam kotak itu sampah tetapi selepas membukanya saya dapati mayat seorang bayi perempuan. Terkejut dengan keadaan itu saya lantas memanggil jiran saya yang berada di dalam rumah untuk menentukan sama ada ia bayi atau anak patung,” katanya kepada Bernama.
Jiran Supik, Suntari Manaf, 46, berkata beliau segera ke tempat pembuangan sampah itu selepas dipanggil oleh wanita berkenaan.
"Saya yang diberitahu ada bayi pada mulanya tidak percaya dengan perkara tersebut, namun setelah melihatnya akhirnya saya terkejut dan segera menelefon polis,” kata Suntari, yang bekerja sebagai pemandu teksi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai kes tersebut.
Beliau berkata mayat bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis sedang mengesan ibu bapa bayi berkenaan. - Bernama

Monday, January 10, 2011

Urine pH


Urine pH is used to classify urine as either a dilute acid or base solution. Seven is the point of neutrality on the pH scale. The lower the pH, the greater the acidity of a solution; the higher the pH, the greater the alkalinity. The glomerular filtrate of blood is usually acidified by the kidneys from a pH of approximately 7.4 to a pH of about 6 in the urine. Depending on the person's acid-base status, the pH of urine may range from 4.5 to 8. The kidneys maintain normal acid-base balance primarily through the reabsorption of sodium and the tubular secretion of hydrogen and ammonium ions. Urine becomes increasingly acidic as the amount of sodium and excess acid retained by the body increases. Alkaline urine, usually containing bicarbonate-carbonic acid buffer, is normally excreted when there is an excess of base or alkali in the body. Secretion of an acid or alkaline urine by the kidneys is one of the most important mechanisms the body uses to maintain a constant body pH.
A highly acidic urine pH occurs in:
  • Acidosis
  • Uncontrolled diabetes
  • Diarrhea
  • Starvation and dehydration
  • Respiratory diseases in which carbon dioxide retention occurs and acidosis develops
A highly alkaline urine occurs in:
  • Urinary tract obstruction
  • Pyloric obstruction
  • Salicylate intoxication
  • Renal tubular acidosis
  • Chronic renal failure
  • Respiratory diseases that involve hyperventilation (blowing off carbon dioxide and the development of alkalosis)
In people who are not vegetarians, the pH of urine tends to be acidic. A diet rich in citrus fruits, legumes, and vegetables raises the pH and produces urine that is more alkaline. Most of the bacteria responsible for urinary tract infections make the urine more alkaline because the bacteria split urea into ammonia and other alkaline waste products. The urine pH varies in different types of acidosis and alkalosis. Control of pH is important in the management of several diseases, including bacteriuria, renal calculi, and drug therapy.
The formation of renal stones is related to the urine pH. Patients being treated for renal calculi are frequently given diets or medications to change the pH of the urine so that kidney stones will not form. Calcium phosphate, calcium carbonate, and magnesium phosphate stones develop in alkaline urine; when this occurs, the urine is kept acidic. Uric acid, cystine, and calcium oxalate stones precipitate in acidic urine; in this situation, the urine should be kept alkaline or less acidic than normal. Drugs such as streptomycin, neomycin, and kanamycin are effective in treating urinary tract infections if the urine is alkaline. During treatment with sulfa drugs, alkaline urine helps prevent formation of sulfonamide crystals.
Here are important points to remember about urinary pH:
  • An accurate measurement of urinary pH can be done only on a freshly voided specimen. If urine must be kept for any length of time before analysis, it should be refrigerated.
  • During sleep, decreased pulmonary ventilation causes respiratory acidosis. As a result, a first waking urine specimen is usually highly acidic.
  • Bacteria causing a urinary tract infection or bacterial contamination will produce alkaline urine.
  • A diet rich in citrus fruits, most vegetables, and legumes will keep the urine alkaline.
  • A diet high in meat and cranberry juice will keep the urine acidic.
  • Urine pH is an important screening test for the diagnosis of renal disease, respiratory disease, and certain metabolic disorders.
  • If urine pH is to be useful, it is necessary to use pH information in comparison with other diagnostic information.

Instant Feedback:
Most bacterial urinary tract infections cause the urine to become more alkaline.
TRUE or FALSE